15 July 2012

Sabah - Day 6

Last day di Kota Kinabalu. Apa plan? Pepagi lepas breakfast we all start menapak ke Warisan Mall sebab adik aku yang "retis" tu dah kipas baik bonda we all nak dapatkan sebijik henbag pink cap Roxy. Ngeh ngeh tercapai hasrat beliau maka berseri-seri lah muka beliau ye!

 Penat menapak + membeli. Tokey besar siap berkipas sebab pikir baru kene paw hahahha.


Dah isi perut dengan air sedap so ke Water Point pepagi buta. Asal dapat jejak kaki udah la even tak happening. Sini nak syiok datang malam2. Tapi we all nye malam semua stok membuta awal maka tak yah lah berangan ye!


Owh ye lepas lepak kat sini we all ke Pasar Philipines nak menghabiskan sisa2 duit. Ewah cakap macam duit tu dalam rupiah lak kan. Gambar kat pasar philipines tarak sebab duk tawar menawar untuk beli baju je. Gile mahal. Nyampah tul. Then borong makanan nak bawak balik KL.


Check out pukul 2. Berbondong-bondong la hai luggage over beratnye. Dah macam bawak balik coral gamaknye hahahha.



 See see bag pink baru tu. Tepi tu penaja bag ye. Hahahha


Signal Hill Observatory Tower of Kota Kinabalu. Actually tempat ni dekat bebenor dengan hotel we all. Tapi nak menapak dengan kaki ya ampun gile lah. Maka dengan itu Abdul kene lah bawak we all ke sini.



Dari atas ni seluruh bandar KK korang bule view. Tapi sayang tempat ni agak tak terjaga. Tengok la siap ada yang kreatif buat memori kat dinding.




 Muka stok kelaparan ni. Tapi menten gak hahahha


 
 Yeah 2nd pit stop, menara yayasan sabah. Sekarang di kenali sebagai Menara Tun Mustapha.


 Ewah macam model reject! Lantak...... hahahha. Pakai blusher pun dah tak guna sebab muka lebam. Redha je la ek.


Yang paling syiok kat sini bergambar dengan orang hutan! Kekeke ni mak orang hutan ye. Siap ade anak. Dan2 tu lah baru teringat anak kat umah hahhaha



Baiklah ini nota penting bahawasanya Onni dah sampai One Borneo! Hahaha gigih suh we all kuarkan camera dia nak berkemho.


Menghabiskan sisa2 masa dalam shopping mall adalah bosan kalau korang dah nyaris bangkrap ye! Hahahhaha

Aku try gak ber  body massage pehtu terkekek gelak sebab geli. Dah semua orang lalu depan duk usha aku. Hiks macam kat KL takdo je kan! Lepas berurut lepak kat tepi McD mak dengan ella layan mata. Sangap aku dengan alia. Sampai airport KK dalam pukul 6.Siap tapau KFC untuk dinner kat airport. Abdul bagi voucher KFC tapi takle pakai kat airport sebab tu sesiap beli di 1Borneo.


Alhamdulillah percutian dengan bonda akhir nye dah abis. Tah bila zaman nak merasa lai kan. Yeah ni muka cuak aku masuk flight. Boarding pukul 10 lebih and sampai LCCT dalam 12 lebih. On the way balik aku layan tido tak hengat punya lah. Steward hensem lalu tepi pun aku buat derk. Muahahha. 

So pada korang yang nak ke Sabah, di persilakan. Memang seronok sangat. Bagi aku 6 hari kat sana macam tak cukup je. Tapi ok lah jugak suku Sabah aku dah redah. Next time aim aku nak gi dengan En Faiz and Wafiq. I'allah.

Buat bonda tersayang, terima kasih kerana memaksa Elyn ikut gak. Kalau idak takde la pembaca map dan perancang jadual perjalanan muahahhaha. Muah muah.


 

0 gak merepek tuk Elyn: