15 April 2014

Laksa johor come to me bebeh!

Vangang kan pepagi tengok ig orang pehtu terliur! Laksa johor aku teringin nau... Mana kedai jual ek? Nak buat sendiri mood macam malas. Kalau rajin dah lama aku gugel resepi dan taraaa siap atas meja. 

Hok ni malas meraban. Memang nak makan gile lelagi teringat makcik aku yang duk melaka tu pernah buat dulu. Owh cik yam sudi lah kira nye cik yam masakkan untuk kite. Aye teringin sangat ni.

10 April 2014

Bila dah pandai jalan...


Ni pagi tadi. Saje aku biar kan dia keluar dengan tak pakai baju sebab nak mandi. Kemahen seronok. Terkedek2!

Faiq start berjalan terus masa minggu dia punya birthday. Sama macam abang wafiq dulu. Tak lambat dan tak cepat. Sedang elok je timing dia!

Bila dah pandai jalan ni sana sini dia merayap. Pintu dapur langsung takle bukak. Dia dulu yang keluarkan kaki. Dah tak pepasal aku kene nyuruk kalau nak sidai kain huhu.

09 April 2014

36th anniversary....





Alhamdulillah. Selamat menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke 36 di tanah suci mak dan abah. Semoga panjang umur dan berkekalan ke cicit pulak.

04 April 2014

Selamat menunaikan umrah mak abah!

Malam tadi we all adik beradik pi anta mak abah ke klia. Flight pukul 3 pagi( ehtihad airways). Aku stay pun sampai pukul 1 lebih je sebab wafiq kan skul. Takle nak cutikan sebab ade test spelling.

Ni kali ke 3 mak abah buat umrah. Last time yang dierang gi tu siap pi jalan dulu ke mana ek lupe plak. Tapi kali ni flight transit ke abu dhabi. Tadi dalam pukul 11 pagi abah watsap inform dah sampai. Lepak dalam 5 jam baru ke madinah. 

Family pak sani! Cucu ade 7 dan insyaallah bakal bertambah lai 2 tahun ni.

We all sefamily! Lama gile tak amik gambar gini tau. 

Ni abah watsap gambar dierang ber selfie kat airport abu dhabi. Sangap la tu! Hahahhaha

Semoga mak abah selamat pergi dan pulang. Yang penting dapat menunaikan ibadah dengan kesihatan yang terbaik! Amin.

03 April 2014

Petrosains!!

We all gi last sabtu selepas laki den amik den kat umah mak. Plan nye pi klcc je. Rupenye laki den nak masuk gak petrosains. Aku macam blur je tengok q yang maha panjang dan si dia selamba pi beli ticket. Macam tak percaya!

Laki aku ni selama yang aku kenal, tempat crowded la dia paling benci! Dah aku plak time tu nak ajak balik hahaha. Rimas tau. Time untuk masuk pukul 4. So we all merayap dulu ke toysrus.

Yang aku benci pi klcc ni sebab escalator dia tak baby friendly. Jenuh nak kene tunggu lift kalau nak gi setiap floor! Dah la yang tak berstroller pun duk menyibuk memenuhkan lift. Kita tunggu punya lama, dia masuk dulu. Serius orang malaysia ni dah kurang sivic.

Lepas usha barang apa nak beli untuk present faiq, we all ke petrosains balik. Gile ko q kemahen panjang! Aku tak sanggup nak hadap dan nak je ajak laki balik. Tapi pikirkan dah bayor rm30.... Beratuq je lah! 

Nak masuk je dekat 1/2 jam tau! Benci. Faiq plak dah start ngamuk rimas dengan orang yang ramai. Panas pun iye. Pergh mencabar tul. 

Aku yang 1st time masuk ni agak la terpinga2 amende lah kene naik gondola? Ler rupenye kene naik macam train bulat yang slow siap ade sound system lalu dalam terowong gelap. Patut la q kemahen panjang. Hanya 5/6 orang je bleh naik gondola tu.

Duk dalam gondola adalah dalam 4 minit, aku sempat gak bf faiq hahahha. Stroller aku tinggal kat locker, sebab tau faiq lebih syiok duk kat carrier. So tukar2 la dukung mamat 10kg ni!

#familyselfie

Bagi wafiq explore segala mende sains dalam ni. Itu pun masa macam tak cukup sebab 6 lebih dah nak tutup. Masuk dalam tu 4 lebih. Gile terkejar nak belek satu2! 

T-Rex yang pandai menyanyi! 

Kusyuk try tractor pasir ni... Mommy plak kojo nye pi toilet ngan tukar diaper faiq!

Eh gambar dia lai! Hahaha.... Yelah abang wafiq. Hari awak so layan kan je!

So overall, kalau nak pi petrosains ni pi lah pepago buta so bleh slow2 menghayati sains fizik kimia hapa hahha. Pehtu jangan pi time skul holiday! Aku ngeng gak sebab pi time gini kui kui.

Pehtu kan nak pi better anak dah pandai baca dan dah sekolah rendah ke. Baru syiok nak explain mende dia bleh paham. Hok wafiq ni aku explain pun dia lom paham.... Lelama dia yang bosan! Hahhaa biasalah weh budak lelaki. Tak suke mende remeh. Pi lab kalau rajin ek.




29 March 2014

Part 2

Orait mari kita sambung cerita beranak faiq. Seriau weh bile pikir tahun ni nak meneran lai. Hahha. 

Dalam 20 minit kene pakai CTG belt tu, Sn masuk cakap dia dah inform doc ashar. So doc kang standby jelah. Sn bukak ctg belt tu suh aku rehat jap nanti dia anta meal dinner. Jam baru 6 lebih tak silap aku. Bab makan jangan tolakkkkkk......

Aku ni kan dah tukar uniform. Tapi aku pakai lah dengan kain batik. Socks dah pakai sebab sejuk lelagi kat luar tu baru lepas hujan lebat. Sebab contraction dah makin kerap mana bleh nak suh aku tido terbaring je kat katil. Aku tawaf la bilik tu sambil terkengkang2 jalan. Laki aku jadi photographer upload dalam Fb. Hoi omak den tak tau den nak beranak. Lupe!

Call omak cakap dah time. Sayu pulak hati sebab macam nak gi berperang. Yelah ko mana la tau tetiba tak panjang umur aku khennnn......

Lepas marghrib dan lepas aku makan tak silap, Doc Ashar masuk. Dia kata ok lah mari kita proceed no turning back! Kah kah. Macam hapa je. Itu jam aku dah bukak 5cm sebab Sn cek dulu sebelum Doc masuk. Sakit weh contraction sebab  aku masih tawaf bilik.

Lepas je Doc keluar, Sn masuk cakap dah puan sila baring ye. Jangan jalan2. Saya nak pasang ctg belt. Then aku kene drip. Ouch! Aku pun tak paham kenapa nak beranak kene sesiap buat drip. Eh aku ade tanya. Sn cakap nak standby kalau ade emergency senang dah takpayah nak drip. Redha je lah ahkak ko.

Bile ko dah terbaring tak bule gerak baru lah sakit contraction tu terasa macam ko nak gegar je hospital tu hahahha. Sn ade offer kat aku epidural. Tapi aku dengan kental nya cakap no no saya bule tahan! 

Hok mu bule tahan. Laki aku cakap, masa dah 7/8 cm kot tengah sesakit tu aku request. Tapi mana bleh dah itu jam. So sn bagi jab kat muntut je. Hahah padan muka aku. Plan memang nak amik konon nak save energy. Tapi ntah lah. Aku cakap tak payah la nanti bayar mahal hahahha. Ngeng.

Start pukul 10 sakit makin kuat. Berpeluh2 aku. Laki aku amik video, dari aku bule tunjuk peace... Skang dah tunjuk penumbuk gaggaga. Gile ko tengah sakit dia suh aku senyum2. 3 jam sebelum tu ko nak suh aku posing bule la. 

Owh ye lepas tu tak silap aku Sn masuk nak pecahkan air ketuban. Aku request nak gi toilet nak kencing. Aku cakap jangan la pakai kat catheter ( mende masuk hok lubang kencing tu). Sakit tau pastu mende tu bule buat infection kat aku. Benci! 

Tapi.... Sn tak bagi dia kata puan kencing je kat sini pastu saya pecahkan air ketuban. Yang aku ingat.... Pecahkan air ketuban ya ampun, sakit dia takle nak gambarkan! Mau tak sakit, ko dah lah tahan sakit contraction setiap berapa minit. Pastu dia seluk buat VE. Pastu dia masukkan mende panjang untuk pecahkan air ketuban. Terasa seksa tau!

Lepas je air ketuban pecah ha kooooo gas hayal tu aku sedut kaw2 lah! Sampai mengantuk tahap gaban pastu cakap merepek hak hak. Laki aku setia menanti sambil layan tv! 

Tiap kali contraction kuat, aku sedut gas. Laki aku tolong la apa yang patut. Tak silap dia siap basahkan muka aku. Bagi air, suh baca ayat. Macam2 la aku tak ingat sangat sebab overdose gas hahahha.

Sn tak silap setiap 1/2 jam buat VE (vagina examination - seluk). Ko bile dah sakit, takdo dah malu hapa. Redha je nak di ayamkan. Pukul 1 sakit makin menggila. Bukaan dan 8 tak silap. Anytime bule push. 

Lepas tu memang aku terasa nak push. Sn suh tahan sebab dia baru nak pakai kan sarung kat peha aku then buh kaki aku kat tiang. Pastu dia siap kan position nak meneran. Time tu aku yang dah high sangat tu duk ingatkan laki aku suh ajar kawal pernafasan. 

Ko tengah sakit nak teran memang tak ingat la weh. Kene ade orang yang ingatkan. Masuk Sn lai sorang nak assist sama. Masa dierang tengah busy tu... Ni laki aku lah cite balik kat aku. Sn call doc ashar tak dapat. Hahha. Doc tido matik kot.

Siap call Dr Marlik mintak tolong kejut. Doc Marlik plak siap offer diri nak sambut baby. Kui kui lawak tul. Dan masa tengah busy tu memang banyak kali aku try push. Tapi ntah la tak kuar gak. Dah nak abih tenaga aku. 

Sn cakap try lai puan, kepala baby dah nampak ni. Haah laki aku usha dah nampak kepala faiq yang penuh rambut tu. Tapi still payah nak lepas. Patut sekali push je dah bule kuar. Masuk je doc ashar, tah apa dia buat aku rase tetibe senang je nak teran.

Mau tak senang! Dia zapp weh. Yelah mana bleh tunggu lama. Kang baby lemas. Itu pun kepala faiq benjol sebelah sebab lama nau hold kat jalan kuar. 

Last pushed tu, memang aku tarik napas panjang senang je nak kuar. Terus doc buh faiq atas perut aku. Nampak la si faiq ni yang berlumur dengan air ketuban ngan mende putih. Suara hebat gak.

Dapat pegang faiq jap pastu sn angkat nak cuci ngan timbang apa semua lah. Laki aku dari masa aku tengah sakit nak push tu dia busy dengan camera rupenye. Tunggang terbalik dia amik video. Bile tengok balik aku yang seriau!

Alhamdulillah settle baby keluar.... Doc jahit lah apa yang patut! Ouchh. Aku tanya banyak ke doc? Doc cakap tak payah risau. Baby dah selamat. Yelah doc. 

So settle keje doctor, dia borak hapa tah ngan laki aku, sebab aku ni kan mamai dengan gas hayal tu. Sn pass Faiq kat aku untuk bf. Doc itu jam dah blah. Even dia yang sambut baby... Dia jaga gak pandangan mata tu. Aurat aku dia suh sn jaga. 

Aku beranak dalam 2 lebih, sampai lah pukul 6 pagi faiq baring dengan aku. Dah pagi tu adr sn masuk cakap nak mandikan faiq. So aku pass la si putih gebu 3.13kg tu. Laki aku time dah berdengkur kuat hahha. Penat weh jadi pompom girll.

Aku gak terkebil2 tak bule nak lelap. Tanya sn dia kata ward takde kosong. Kene lepak dulu dalam LR ni. Lama gak aku lepak situ sampai pukul 10 kot. Dah pagi tu baru sn transferkan aku ke observation room dalam area labor ward tu gak. Sn cakap bilik memang penuh. 

Kene lepak dalam labor ward. Dah pukul 12 gitu aku suh laki aku balik mandi rehat. Sebab kesian tengok dia penat. Aku ni yang penat tak le plak lelap. Gile tul. 

Lepas laki aku balik.... Sn datang anta faiq. Aku try bf memang dia isap. Alolo suwet je tengok mulut kecik tu. So aku dah request nak in room dengan faiq. 

Owh ye pagi tu gak aku try kencing sendiri. Haha. Ni part paling seriau. Cuci la ngan air lap apa semua. Nak pitam tengok darah sendiri. Jalan slow2 lah. 2nd time beranak so dah tau la nak buat apa. 

Err petang laki aku sampai bawak mama dengan wafiq. Si wafiq excited tengok adik dia tapi dia lai excited tengok toys baru daddy belikan. Aku cakap awat beli hadiah untuk wafiq? Laki aku cakap itu cara nak ubat hati dia tak lah jeles nau. Yelah bang. Den ikut je.

Laki den kan sampai petang. Masa tu aku masih dalam observation room. Penat request bilik. Still penuh. Tapi sejam lepas tu baru dapat masuk bilik. Dia bagi hok vip nye. Bilik besar la. Owh yelah time tu apsh tengah reno maternity ward. Sebab tu ward banyak penuh.

The next day aku dah bule kuar. Dan we all still dapat rate package 2600++ even duduk dalam vip room. Rezeki aku. Doc ashar pun banyak tolong. 

Ha gitu la serba sikit experience aku beranakkan faiq. Kali ni sakit taklah selama beranakkan wafiq. Huhu. Dan lepas 4 ari keluar hospital, faiq warded due to high jaundice. Tak bleh elak sebab mommy nye darah O. Faiq darah AB. Redha je.....

28 March 2014

The day...

Semalam kan aku pagi tu gi umah nenek kat selayang. Dalam pukul 1 gitu laki den sampai. Dia amik half day untuk anak kesayangan nye ni. Hamboiiii. Jeles okeh. Birthday aku pun dia x pernah suka2 amik cuti, lai siap keje sampai malam ade lah! I is sentap *blame hormon preg*.


Bawak bebudak ni gi Hartamas shopping centre sebab kat situ ade toysrus dan paling dekat dengan selayang. Tak kuasa lah nak masuk KL pastu kang stucked dalam jem sebab nak balik puncak alam semula.

Ade 2 jenis pushcar, tapi dia berkenan yang jenis ni. Layan kan je lah. Ikut aku pi beli kat kedai biasa tu lai murah. Siap bleh dapat hok besar lai. Tapi daddy cakap, Faiq jarang dapat barang mahal so apa salah nye ni kan birthday dia. Ai ai sir. I folo je. 

Eh si abang pun dapat gak tau. Lupe plak dah janji dengan dia kalau dah pakai reading bule beli max steel nye gasing tu. Daddy cakap kalau beli untuk adik... Abang mesti dapat gak. Tapi kalau beli untuk abang... Adik tak dapat pon??? Hahahah. U jangan bang, kuar lai satu ni kang jenuh la tiap kali nak membeli sampai 3! Pi pasar malam je lah beli toys ek.

Birthday boy nye cake... Atuk sani blanje secret recepi chocolate indulgence. Meriah! Pastu beli kfc untuk dinner. Yang ado kat umah mak abah je. Ella ngan anak2 kat umah puncak jalil. 

Kecoh tul nak amik gambar sefamily. Kek tu nyaris di sepak dek faiq. Dia dapat lepuk je dengan tangan. 

Happy birthday Faiq!! Sorry la mommy dengan daddy memang tak buat party sebab we all rase faiq belum paham lai. Membazir je. Tunggu 2 tahun ek baru meriah nak tiup lilin macam abang dulu. Muahhhh



27 March 2014

Faiq 1st Birthday!

Alhamdulillah dah setahun budak masham cengeng mommy ni. This week Faiq memang pulun habis tunjuk skill berjalan! Pastu galak bergurau dengan abang wafiq.

Favourite word dia sekarang ni pun "abbag"! Sayang nau abang dia tau. Mommy daddy tah bile nak kuar dari mulut.

Doa mommy daddy semoga Faiq jadi anak yang soleh pada agama dan negara dan juga pada keluarga. Last year lepas kuar je dari perut mommy, Faiq lepak kat badan mommy berejam sampai lah pagi ni. Dah pagi baru nurse amik untuk mandikan. Sweet gila saat tu.

Part sambung tu nanti la ek. Aku kat umah nenek ni ziarah onyang Faiq huhu.

26 March 2014

Muhammad Zharif Faiq

Hari ni setahun yang lalu aku tengah menahan contraction on off. Jenuh aku jalan turun naik tangga konon nak bagi lai cepat beranak sebab dah tau hok bawah dah bukak 3cm. Berpeluh2 menahan sakit sambil kawal pernafasan. 

Sehari sebelum ni aku dah pi ward sebab contraction 5 minit sekali. Memang dah ade tanda la. Masa tu aku baru masuk 37 weeks. Dalam pukul 4 aku call En Faiz cakap tak tahan dah sakit.

Dalam 5 minit gitu dia sampai umah, yelah umah ngan office sepelaung je. Cium polok wafiq kata mommy nak kuarkan baby. Dia dah sedih nak ikut. Huhu. 

On the way ke APSH, hujan lebat selebatnya! Aku ajak laki gi makan dulu. Lapar tahap gaban. Yelah aku pun macam gajah time tu 76kg! Hahahha..

Laki bawak gi drive tru mcd then we all makan dalam kete je sebab hujan lobat. Makan tetap makan ye even sakit mencanak. Ha time ni la kak arin call. Kuat tul instinct dia yang aku tengah sakit nak beranak hahahha.

Dalam 6 lebih gitu aku ajak laki gi serah diri kat emergency ward. Yok laki... Aii dah kenyang! Hahaha. Sampai ER bagi kad kata tolong bawak saya ke labor room. Contraction dah kerap and dah 3 cm. 

Sn lelaki yang bawak wheelchair tu menggelabah je bawak aku. Takut terberanak dalam lift. Aku cakap lek lah dik. Ahkak ni lambat lai nak beranak. Kang malam kot hahah. Malu dia.

As usual sampai LR, Staff nurse suh masuk then dia cek bukaan dah 4cm. Tukar baju apa semua. Pasang belt heartbeat kat perut baring lah jap aku tengok tv! 

Eh jap kang aku sambung...

Pergi tak kembali....

Satu demi satu orang yang aku kenal meninggal secara tiba2. Even tak kenal rapat, tapi aku tahu mereka ni memang la baik sangat dan tergolong dalam golongan solehah. 

Sedih sangat dapat berita mengejut macam ni. Tapi sebagai hamba nya yang kerdil kene la terima dengan redha. Ini janji nya yang pasti. Tah macam mana lah pulak nanti masa aku kan. Kot2 tengah meneran di cabut nyawa.... 

Adik kawan baik aku wawa, jatuh sakit koma hari sabtu last week. Selasa dah meninggal. Sempat lah arwah mintak maaf kan mak abah nye masa tengah sakit tu. Tetiba arwah sakit kepala yang amat sangat sampai pengsan. Sampai hospital doctor cek apa semua... Ade salur darah dalam otak pecah.

Transfer ke hkl, buat operation seharian. Doctor sahkan otak arwah dah mati. Semua berlalu dengan pantas. Tapi yelah dari cakap kawan2 arwah dia ni baik sangat. Selalu buat usrah untuk junior. Arwah student UITM Puncak Alam.

Al fatihah..... 

25 March 2014

Redha...

Al fatihah.... Malam tadi our pm pak najib dah pun announce yang flight MH370 secara rasmi nya dah bersemadi di lautan hindi lepas dapat last data dari pihak yang terbabit. Luluh hati kita yang dengar even family member tak terlibat kan!

Bayangkan ahli keluarga mereka yang di khabar kan berita ni. Ya allah semoga tenang la roh2 mereka semua. 


Kedalaman lautan hindi tu memang menakutkan. Camne lah pasukan SAR nak cari kotak hitam kan? Ya allah permudahkan lah kerja mereka dan berilah satu keajaiban moga dapat jumpa lah bangkai kapal terbang tu.

17 hari pencarian. 17 hari tanpa khabar berita. Akhir nya..... Al fatihah.


24 March 2014

Belukar depan umah terbakor!

Ni kes malam tadi. Api start dari belah kanan umah pehtu merebak kekiri. Kebetulan depan umah ni penghuni umah buat parking kereta. So jiran yang takde kat umah tu kereta nye terpaksa la jiran2 lain tolak ketengah sikit.

Call bomba tapi dah sejam orang pulun padam api dierang tak sampai2! Maybe bukan kes bahaya sebab aku call dia tanya ade oranf terlibat tak. Aku cakap semak yang terbakar kat kawasan terbuka. Memanglah takde orang kan.

Tapi malam tadi semua jiran lorong ni kuar umah tolong siram air. Dan nasib baik gak air ado. Kalau takdo tengok je la semak belukar tu terbakor. Yang jadi hero budak sorang ni. Dia turun bawah air sebaldi then siram sikit2. Padam api tu. Huhu alhamdulillah. Hero tul adik tu. 

Ha yang ni api dah merebak ke depan umah aku. Pastu ke kiri lai.... Dan kiran sebelah ni pulak kete nye park kat tepi api. So beramai2 la menolak kete kenari tu huhu.

Ow ye aku skul holiday ni memang plan lepak umah mak. Wafiq pun takde tution lega la sikit. Nak hilang kan stress duk umah sana!



21 March 2014

Raya bulan ni!

Ehem! Selamat hari raya. Kui kui. Penangan tekak mengidam masakan sendiri maka inilah hasil nya. 

Ayam masak merah lawan dengan masak lodeh dan nasi impit. Hati dah tergerak nak order rendang tok kat paklang catering je tapi sebaik tak jadik. Kalau idak raya sakan la aku gagaga.

Malam pi tahlil kat umah wawa dapat la bekalkan sikit untuk alia. Siap dengan kek gula hangus. Aritu yang aku bawak umah mak dia lupe nak bawak balik putrajaya. Sian plak tengok bakal pengantin yang tengah diet tu.

Hari ni aku balik umah mak. Alia amik tadi   petang masa hujan tengah lebat. Masal tul nanti lah aku cite apasal. Bye.

19 March 2014

Food testing!

Ahad aritu kebetulan pulak aku ade kat puncak alam, mak ajak gi test makanan untuk wedding alia bulan 6 nanti. Haih rugi tak pergi kan! 

Nasi yang di hidang pulak nasi arab mendy ngan apa tah lai satu. Nyums la weh! Faiq pun makan berselera. Aku? Hoi tolak batu kayu je skang. Pembalun terhebat. 

Muka bakal pengantin serius je pikir macam. Makan pun sikit. Aku gak untung makan apa2 pun bule hahhaha

Jantung hati plus bodyguard!

Makanan dah start dihidangkan!


Orang busy discuss, si abang meloncat sana sini. Atuk sani snap sana sini!


15 March 2014

Lapar!

Salam sabtudayyy! Aku ni dari pukul 5 dah terjaga. Ni Faiq la nye hal asik merengek nak netek je. Dulu dalam perut takde isi pun aku nye lapar tahap kebulur, skang ni dah tahap hapa plak. 

Nak turun bawah ya ampun malas ya rabbi. Ni telan je la air kosong se tumbler tu. Kepala duk teringat nak panaskan asam pedas ikan merah pastu nak makan dengan roti canai instant. Terbayang je ni. Lom makan hak hak.

Semalam tah apa hantu rajin aku mai, 2 loyang kek gula hangus aku bako. Siap masak 2 lauk pulak tu. Malam melepek. Sebab kuat makan khen maka kene la rajin masak gagaga. 

1st loyang ok lah cun dan sedap! Puji lah diri sendiri sebab terkial2 buat dengan kendong faiqm

Plan nye kek tu nak bawak balik umah mak. Dierang suka kek tu. Ahkak ni dah heibat buat tu maka ringan kan lah jari jemari ni buat khas untuk dierang. Baik khen aku!! 

Pastu esok aku mintak mak buat mee kari. Terliur2 teringat kuah kari tu hahaha. Dasar kuat makan tak pregnant pun banyak gak request aku kat mak! 

Last week ari sabtu pi lepak umah ella kat bukit jalil! Siap buatkan makaroni goreng sekuali. Haaaa rajin kan aku.

Hok alah. Tengok gambar ni sendiri terliur.  Choiii.

Ha ni pulak big breakfast aku minggu ni.

Oi oii asik tengok gambar makanan je... Bile nye nak turun breakfast? Lapat gile ni. Udah la faiq, mommy lapau niiiio

14 March 2014

Assalammualaikum no 3!

Aku dah bilang kat abang jebat ku... Ko jangan ngada2 bang nak test drive kejantanan mu bang. Aku ni bak tanah yang subur. Ha hambik ko!! Kan dah buncit kembali.

Abis plan diet aku tau. Gagaga. Now dah masuk 9 weeks berat aku dah bertambah 2kg. Redha je la nak menggajah kembali. Aku tau aku pregnant bile period lambat 5 ari. 

Period aku lepas nifas dulu memang regular on time. No skip2 no jump2! Subur khen!! Hak hak. Pulak tu aku tak pakai apa2 protection. Hambik la kooooo!

Last months masa aku buat upt test double line clear gile. Terduduk jap dalam toilet sebab tak jangka. Esok nye tu pi scan nak pastikan betul ke aku pregnant. Yup dah 4weeks ++.

Latest is 9 weeks! Mabuk? Penin sikit2. Tapi asal malam je mesti kene muntah sekali gak. Pastu baru lega perut dan tekak ni.

Laki aku dah terdetik kat hati dia bila dia tengok si faiq asik melalak nak melekat ngan aku. Aku pulak duk ingat budak ni tengah sakit memang la ngada extra. Last month kan faiq asik sakit. Flu batuk siap kene neb. Rupenye sakit nak jadi abang!!

Si abang wafiq pun bule tahan mengada peel nye. Stress haku dalam mabuk2 tu. Alhamdulillah la dah 2 weeks ni aku rase bertenaga. Macam tak pregnant je. Tapi kuat makan la huhu. 

Ok bai aku nak sambung melantak!! 



13 March 2014

Jerebu menggila!!

Pergh harini teruk tul jerebu. Dah macam duk kat genting tapi bau asap! Kelam. Muka pun gatal.

Dah la arini schedule aku kene antor wafiq gi tution petang. Penat dan lemas. Angkat seat Faiq buh lam kete, buh si Faiq lam kete haih. Penat weh.

Sebelum anta wafiq pukul 5 sempat masak sup ayam. Renih la jap. Kang lepas anta sambung renih kembali. Busy okeh. 

Ni masa queue amik wafiq tengah ari tadi. Cermin dah la kelabu.... Tambah ngan jerebu lai la buruk pandangan hak hak.

09 March 2014

Berjalan

6th march - hip hip hooray! Faiq dah start melangkah 5 tapak. Mommy is happy yo lelagi tengok dia duk tepuk tangan sambil berjalan.

Bagus adik... Masuk umur setawon terus berlari macam abang wafiq ye. Dan mulut nye pun dah pandai sebut abang - abba! Daddy? Nope! Mommy? Tunggu la lai bape bulan hak hak.

Spiderman on the making!

08 March 2014

Pray for MH370

Berita penting hari ni pesawat MAS ke beijing hilang tanpa berita. Dan kebetulan member aku akak ipar dia salah sorang penumpang dalam flight tu. 

Ya allah tak tergambar macam mana perasaan cik putih even itu menantu nye. Dengar khabar dari fb member aku tu ikut abang dia fly pi "sana"! Sana tu aku tak pasti di mana. 

Orang tengah hati gulana kita jangan banyak tanya. Doa je dulu ye! 

Doa sesangat moga semua penumpang terselamat. D

07 March 2014

Birthday mama

4 cucu yang hyper! 

Dinner kat restoran cerana sebab dekat dengan umah huhu. 

Hiks kebetulan plak pakai blouse mengaum tema yang sama!!

Aksi2 berebut nak tiup candle! Havoc tul.